(+60)17-717 1461

Kalau diikutkan, banyak sebenarnya kemungkinan penyebab sakit gigi berdenyut. Antara punca sakit gigi ialah:

  • Kaviti, antara penyebab sakit gigi yang paling kerap terjadi. Kaviti adalah lubang pada gigi dan rasa sakitnya boleh berkisar daripada ringan hingga teruk dengan peningkatan kepekaan terhadap suhu panas dan sejuk
  • Penyakit periodontal, penyakit gusi yang biasa berlaku tetapi perlu dipandang serius kerana ia mengakibatkan pembengkakan, kesakitan dan kadangkala, pendarahan
  • Gigi retak atau pecah juga boleh menyebabkan kesakitan yang ringan sehingga parah bergantung kepada tahap kerosakan dan lokasi gigi
  • Jangkitan sinus boleh menyebabkan tekanan meningkat di atas gigi geraham lantas menimbulkan rasa sakit gigi di sekitar kawasan rahang yang dijangkiti

Sekiranya anda mengalami masalah sakit gigi, tanpa mengira puncanya, segera lakukan janji temu dengan doktor gigi ya!