(+60)17-717 1461

Nafas atau mulut berbau yang tidak menyenangkan seseorang disebut halitosis dalam istilah perubatan.

Nafas atau mulut berbau boleh dialami oleh semua orang terutamanya sejurus bangkit daripada tidur atau selepas mengambil makanan atau minuman yang berbau.

Nafas berbau boleh mengakibatkan seseorang merasa malu dan rendah diri. Keadaan ini juga boleh mengganggu hubungan anda semasa berkomunikasi secara dekat dengan orang.

Apakah perkara yang boleh mengakibatkan nafas atau mulut berbau?

  • Merokok
  • Pengambilan makanan dan minuman yang berbau atau kandungan gula yang tinggi seperti petai, jering, durian, bawang putih atau minuman beralkohol
  • Penggunaan gigi palsu
  • Penyakit gigi dan gusi
  • Penyakit paru-paru dan sinus yang kronik
  • Pembengkakkan tonsil atau adenoids
  • Jangkitan candidiasis dalam mulut dan lidah
  • Penyakit diabetis yang tidak terkawal
  • Penyakit kegagalan fungsi hepar
  • Penyakit kegagalan fungsi ginjal
  • Tidak mengamalkan kebersihan mulut iaitu tidak berkumur selepas makan atau minum, tidak memberus gigi , lidah dan rongga mulut sekurang kurangnya dua kali sehari di waktu pagi dan malam sebelum tidur
  • Pengambilan ubat-ubatan seperti antihistamin, decongestants , antidepression, antipsychotic dan lain-lain yang boleh mengakibatkan pengurangan pengeluaran air liur atau menyebabkan mulut kering

 

Sekiranya anda mengalami masalah nafas atau mulut berbau, segera lakukan janji temu dengan doktor gigi sebelum terlambat.