(+60)17-717 1461

Sudah pasti setiap malam kita inginkan tidur yang tenang dan lena, kan? Tapi, apabila ada masalah sakit gigi, tentu akan membantutkan hasrat anda itu!

Jadi, sudah tentu anda tercari-cari cara hilangkan sakit gigi berdenyut pada waktu malam.

Lebih malang lagi, kita tidak dapat mengunjungi doktor gigi pada waktu malam dan terpaksalah menghadap penderitaan ini sehingga pagi.

Jom doktor kami kongsikan beberapa remedi yang boleh kalian cuba di rumah. Antaranya ialah :

  1. Kumur dengan air garam

  2. Tuam bahagian yang sakit dengan kain sejuk/ais

  3. Ambil uncang teh pudina suam/sejuk (pastikan tidak panas) dan tuamkan.

  4. Tumbuk bawang putih, campurkan dengan garam dan sapukan pada kawasan yang sakit.

  5. Gunakan pengkumur mulut, hidrogen peroksida

  6. Bunga cengkih

Berikut merupakan cara hilangkan sakit gigi buat sementara waktu sahaja. Yang paling penting adalah, jangan lupa lakukan temu janji dan dapatkan rawatan bersama doktor pergigian.